top of page
wallpaper.png

SUPER CLOSING SALES

Ketahui teknik & tips rundingan jualan berkesan untuk close sales!

Disinilah pentingnya ilmu SOP Closing Sales

Super Closing Sales: Welcome

1. KENAPA PERLU ADA SKRIP CLOSE SALES?

  • Skrip close sales yang mengikut flow yang tepat.tidak akan membuatkan kita rasa terbeban dengan kerja-kerja closing dan dapat mengelakkan kita rasa malas nak reply chat dari prospek.

  • Kalau sehari 2-3 chat saja mungkin kita teruja nak melayan,tapi kalau dah sehari beratus chat yang masuk,memang hilang semangat kita nak melayan pelbagai ragam prospek,akhirnya kita layan ala kadar je setiap pertanyaan prospek.

  • Skrip close sales merupakan SOP untuk mudahkan kerja team sales buat kerja. Sebagai ketua/majikan yang bagus,kita wajib sediakan skrip close sales yang terbukti berkesan. Kita juga boleh duduk dan berbincang dengan team sales bagaimana cara untuk cipta skrip yang bagus.

  • Sekiranya kita mahir "TRY & ADJUST" skrip closing kita, Insyaallah kita tak akan ada masalah nak tukar produk atau jual produk lain pada masa ke depan. Sehingga sekarang saya masih menggunakan beberapa teknik closing yang saya gunakan sejak beberapa tahun lepas,ada yang masih relevan dan ada yang kena adjust mengikut peredaran masa.

  • Skrip closing sales akan membuatkan kita nampak seperti seorang seller yang professional. Prospek juga akan merasakan penyampaian kita kemas dan jelas.

  • Skrip yang jelas dan kemas akan buatkan prospek ingat kepada kita,buatkan mereka selesa dan lebih terbuka untuk bertanya soal produk dengan kita.

Super Closing Sales: About

2. MINDSET CLOSING SALES

  • Closing sales bukan hanya sekadar bagi harga dan tunggu prospek bank in duit.

  • Closing sales merupakan SENI untuk tanam kepercayaan prospek untuk dapatkan produk kita.

  • Closing sales bukan sekadar aktiviti "one-off" iaitu seller bagi prospek diam, seller pon diam, sedangkan aktiviti closing harga sales yang utama ialah cari tahu masalah prospek.

  • Apabila seseorang sanggup mesej kita untuk bertanyakan tentang produk kita itu bermaksud 50% dalam dirinya perlukan produk/servis kita. Jadi tugas kitalah yang akan menambahkan lagi 50% kepercayaan dalam diri prospek untuk buatkan mereka setuju beli produk kita pada akhirnya.

  • Aktiviti closing sales termasuklah follow-up, kumpul database, sebarkan promosi kita yang terbaru, bina followers di media sosial, kumpul feedback dan testimoni.

  • Skrip closing sales tak sama untuk setiap produk, kita kena pandai adjust mengikut flow yang diberikan.

  • Skrip closing sales akan berubah mengikut peredaran semasa.

  • Skrip closing sales takkan berkesan untuk prospek yang salah,maksudnya sekiranya kita target orang yang salah untuk beli produk kita, skrip yang paling power sekalipun takkan buatkan mereka nak beli sebab produk kita bukan keperluan untuk mereka.

  • Skrip closing sales boleh diaplikasikan untuk whatsapp. phone call, website, chat bot dan apa-apa medium untuk closing sales.

Super Closing Sales: About

3. APA YANG ANDA AKAN DAPAT SETELAH
BACA BUKU INI?

  • Dapat sediakan satu skrip lengkap untuk produk anda.

  • Dapat lebih banyak idea untuk belajar tangani "bluetick" dari prospek.

  • Dapat faham emosi prospek.

  • Dapat belajar tangani ketakutan dan keraguan prospek terhadap produk kita.

  • Dapat apply teknik supaya propsek "bank in" duit pada hari yang sama.

  • Dapat belajar cara closing prospek menggunakan fon call.

  • Dapat belajar cara follow up prospek pada waktu yang tepat.

  • Dapat belajar cara untuk "twist" rejection dari prospek.

  • Dapat ketahui waktu yang sesuai untuk hantar testimoni.

Super Closing Sales: About

4. PERSEDIAAN SEBELUM RANGKA SKRIP CLOSING SALES

PERSEDIAAN PERTAMA

LISTKAN APA PROMOSI, TAWARAN ATAU FREE GIFT YANG ANDA ADA

Sekurang-kurangnya 2 jenis offer contohnya :-

Free postage

Free ebook (anda boleh buat ebook sendiri)


Sebagai contoh jika jual produk kurus, boleh bagi ebook cara diet suku suku separuh. cara diet atkins, cara diet karbo atau apa-apa yang berkaitan dengan produk anda.

Untuk part ebook, anda kena rajin dan kreatif, rugi kalau tak gunakan ebook untuk jadikan sebagai free gift, kerana ianya PERCUMA & dan boleh digunakan berulang kali. Sangat best & effortless!

  • Free gift (barang)

  • Free delivery

  • Free guide

  • Free consultancy

  • Buy 1 free 1

  • Diskaun harga

  • Diskaun combo

Super Closing Sales: About

4. PERSEDIAAN SEBELUM RANGKA SKRIP CLOSING SALES

PERSEDIAAN KEDUA

LISTKAN KELEBIHAN PRODUK ANDA DALAM BENTUK POINT (elakkan hantar details produk anda dalam bentuk karangan.prospek takkan baca details yang panjang dan tak kreatif)


LISTKAN KELEBIHAN PRODUK ANDA DALAM BENTUK GAMBAR/POSTER (anda hanya perlu bagi gambar poster yang jelas dan ringkas untuk terangkan tentang produk anda)


LISTKAN KELEBIHAN PRODUK ANDA MENGGUNAKAN VIDEO (rakam video berdurasi bawah 60 saat, dan explain tentang produk

anda)


Bila time nak closing sales, anda bagi salah satu samada text. gambar atau video.

Anda juga boleh tanya soalan kepada prospek "Cik prefer saya explain guna text.gambar atau video ye?'

Sebab ada manusia yang suka baca,ada yang suka tengok gambar dan ada yang hanya faham kalau tengok penjelasan produk melalui video.

Super Closing Sales: About

4. PERSEDIAAN SEBELUM RANGKA SKRIP CLOSING SALES

PERSEDIAAN KETIGA

DESIGN KAN TESTIMONI ANDA SUPAYA SENANG PROSPEK BACA & FAHAM

Yang penting design template kena jelas. simple dan tak terlalu banyak corak, tulisan kena besar supaya sekali imbas prospek dah boleh baca feedback customer kita.

Super Closing Sales: About

4. PERSEDIAAN SEBELUM RANGKA SKRIP CLOSING SALES

PERSEDIAAN KEEMPAT

LISTKAN TAWARAN YANG MENARIK UNTUK DIGUNAKAN KETIKA SESI UPSELL ATAU JUAL SECARA COMBO (minima dua jenis offer atau dua jenis free gift untuk ditawarkan)

DESIGN POSTER PROMO SUPAYA DAPAT TARIK PERHATIAN PROSPEK UNTUK SEGERA REBUT PROMO TERSEBUT. CONTOH SEPERTI GAMBAR DI BAWAH.

tak tahu copywriting yang betul  (3).png
Super Closing Sales: About

4. PERSEDIAAN SEBELUM RANGKA SKRIP CLOSING SALES

PERSEDIAAN KELIMA

Mental fizikal yang kuat dan bersedia.

Kesimpulannya, kita sendiri kena tahu jenis-jenis prospek kita.

Sekiranya niche bisnes kita sesuai untuk sales harian kita boleh buat promosi urgency dalam masa 24 jam) dan sekiranya niche bisnes kita sesuai untuk sales mingguan kita boleh buat promosi urgency dalam masa 7 hari.

7 hari-Sekiranya niche bisnes kita sesuai untuk sales bulanan kita oleh

buat promosi urgency untuk 30 hari atau kita juga boleh minta

prospek lock promo tersebut dengan deposit serendah RM50

atau kita juga boleh minta prospek lock promo tersebut dengan deposit serendah RM50. Deposit tak perlu tinggi sangat sebab kita nak prospek tak perlu berfikir panjang untuk letak deposit terus.

PERINGATAN!!!

Jangan sesekali biarkan prospek yang masuk ke dalam lubuk kita berlalu begitu saja kita wajib "menjaga" dan "beri kepercayaan" kepada mereka sehinggalah tiba waktunya mereka bersedia mendapatkan produk kita.

Super Closing Sales: About

5. FAKTOR YANG MEMBUATKAN PROSPEK
TERUS MEMBELI

  • Produk kita memang diperlukannya segera.

  • Prospek dah lama survey tentang produk kita.

  • Prospek dapat "recommendation" yang bagus dari kenalannya tentang produk kita.

  • Servis yang bagus dari pihak kita.

  • Prospek cukup budget nak terus membeli.

  • Offer/diskaun/free gift yang menarik.

  • Prospek rasa selamat dengan kita.

  • Teknik urgency 24 jam yang berkesan.

  • HQ dah buat marketing power membuatkan prospek dah ada kepercayaan untuk membeli (sekiranya kita ejen produk orang lain).

  • Iklan yang menarik perhatian pospek.

Super Closing Sales: About

6. FAKTOR YANG MEMBUATKAN PROSPEK
TAK MEMBELI

  • Prospek ada ketakutan produk tak mampu selesaikan masalahnya.

  • Prospek ada keraguan dengan produk/servis kita dan tak nampak nilai produk.

  • Tidak cukup duit.

  • Sekadar bertanya untuk survey.

  • Belum nampak kekuatan produk.

  • Testimoni tak cukup meyakinkan.

  • Seller tak dapat menjawab soalan kepada permasalahan prospek.

  • Teknik "Handle Objection" tak cukup power.

  • Tidak ada Teknik Urgency.

  • Prospek terlupa kerana tak ada follow up.

  • Seller memberikan aura negatif ketika sesi closing sales seperti merasakan bahawa seller tidak mahu membeli.

  • Lambat respon dari seller membuatkan prospek membeli dengan orang lain.

  • Prospek bukan target market kita.

Super Closing Sales: About

7. 9 SKRIP CLOSING SALES STEP BY STEP

Saya akan bagi contoh turutan skrip yang team sales saya gunakan dan kemudian saya akan tunjukkan contoh secara umum pula.

Kami menggunakan 9 step.

STEP 1

INTRO/GREETINGS/STEP 1

Hye saya Lenny. Sebelum saya bagi offer special kami minggu ni, boleh saya tahu masalah mana yang cik hadapi sekarang ye?

1. Tak pernah buat ads.

2. Pernah setting ads, tapi kurang Whatsapp masuk.

3. Nak belajar setting ads lebih advance.

4. Risau tak faham & tak ada tempat nak bertanya.


Atau pon ada masalah lain yang cik nak share dengan saya?

CUSTOMER REPLY

Saya ada masalah 1 & 2

Super Closing Sales: About

7. 9 SKRIP CLOSING SALES STEP BY STEP

STEP 2 (BAGI DETAILS)

Okay cik, saya faham perasaan cik. Dulu ada jugak student kami yang hadapi masalah mcm cik. Sebab tu saya kena bantu cik. Percayakan saya ya. Sebelum saya bagi discount kami harini, saya send details dulu ya.

SET BUKU PANDUAN FB ADS & IG ADS


BELAJAR 6 JENIS KEMPEN SETTING ADS BASIC TO ADVANCE!!


APA YANG ANDA AKAN KUASAI SETELAH KHATAM BUKU & VIDEO INI?

1. Anda akan dapat kuasai latest teknik setting ads yang lebih

berkesan.

2. Pelajari cara set targeted audience yang proven result Cara setting iklan menggunakan minima kos.

3. Cara monitor iklan anda samada bagus atau tidak.

4. Tak perlu ada rasa ragu-ragu lagi nak setting iklan yg tepat.

Yang penting tak perlu masuk kelas,hanya tiru step by step setting iklan melalui panduan lengkap BUKU+VIDEO keramat ini.


SILIBUS YANG ANDA AKAN KUASAI

- 2 JENIS SETTING FBADS

- 2 JENIS SETTING IG ADS FEED MOBILE

- IG ADS FEED LAPTOP

- IG STORY ADS

- CARA BUAT VIDEO SWIPE UP

- PAYMENT METHOD

- ANALYSIS


Cik jelas ke disini?

Prospek jawab: JELAS

Super Closing Sales: About

7. 9 SKRIP CLOSING SALES STEP BY STEP

STEP 3 (DETAILS HARGA TAWARAN)


TAWARAN HARI INI BAGI ANDA YANG BERTUAH

Buku ini berharga RM199 tapi promosi jadi RM149!!

Tetapi jika pembayaran sebelum 6 PETANG harga SPECIAL HANYA RM119 SAHAJA!

DAN ADA LAGI!!!!

10 TERAWAL YANG MEMBUAT PEMBELIAN HARINI AKAN DAPAT TIGA BONUS TAMBAHAN BUKU SECARA PERCUMA

1. Buku Skrip Close Sales

2. Buku Teknik Copywriting.

3.Video Setting IgAds & FBAds Menggunakan Handphone

Cepat grab untuk jadi 10 ORANG TERAWAL HARINI,tawaran yang paling berbaloi 3 Set Buku & Video Dalam 1 Harga!!

FREE POSTAGE!!

FREE POSTAGE!!

Reply "YES" untuk grab kesemua bonus diatas sementara masih ada stock

*Part sini prospek akan jawab YES atau masih dalam keraguan, jadi kita teruskan dengan selesaikan keraguan tersebut dan bagi lagi offer power.

Super Closing Sales: About

7. 9 SKRIP CLOSING SALES STEP BY STEP

STEP 5 (TAWARAN KEDUA)

Ohh sesuaiii je kalau jual baju, ini adalah feedback dari student kami yang jual baju (BAGI FEEDBACK JUAL BAJU)

Btw cik berminat tak untuk join kelas on9 zoom percuma selama 2 hari dengan Cikgu Awan? Kelas ni free je (TAMBAH LAGI URGENCY PROMO SEKIRANYA ADA)

PROSPEK JAWAB: Prospek jawab "NAK" tapi mungkin masih ragu

ragu, kita teruskan dengan penjelasan nilai produk tersebut apa yang dia akan dapat.

Super Closing Sales: About

7. 9 SKRIP CLOSING SALES STEP BY STEP

STEP 6 (DETAILS)

Utk promo minggu ni,cik akan dpt join kelas zoom selama 2 hari secara percuma.

(Harga asal RM250 Buku + Kelas On9)


Apa yang bestnye kelas ni?

- Buat iklan FbAds & IGAds step by step sampai siap

- Belajar 2 hari

- Ada sesi soal jawab percuma

- Ada sesi soal jawab percuma

- Terhad 100pax/batch

- RM119 sahaja (bayar harga buku sahaja)

Sekiranya cik berminat terus reply "YES" sbb dah ramai yg start grab

promo ni.


PROSPEK JAWAB: YES

Super Closing Sales: About

7. 9 SKRIP CLOSING SALES STEP BY STEP

STEP 7 (PAYMENT METHOD)

(Bagi Nom Acc)

Super Closing Sales: About

7. 9 SKRIP CLOSING SALES STEP BY STEP

STEP 8 (HANDLING OBJECTION)

PROSPEK JAWAB: Tak nak lagi, survey dulu, belum gaji. tanya suami.


Bila prospek jawab macam ni, kita kena raikan apa yang mereka bagitahu supaya kita tak nampak seperti terdesak mahu menjual.

SKRIP "Baik puan, nanti puan bincang dulu dengan suami. pukul 8 malam boleh saya follow up semula?'

"Btw ini adalah ebook percuma untuk puan study, boleh juga tunjuk dekat suami puan, mana lah tahu suami puan bersetuju untuk puan dapatkan buku panduan ni"

Super Closing Sales: About

7. 9 SKRIP CLOSING SALES STEP BY STEP

STEP 9 FOLLOW UP

Sekiranya prospek berikan "objection", kita akan gunakan teknik follow up.

  • Bagi video/ebook percuma supaya prosek lebih mengenali dan selesa dengan kita.

  • Ajak masuk group FB.

  • Buat contest cabutan bertuah kalau dia follow fb kita, supaya dia sentiasa ingat kita dan lebih dekat dengan kita.

  • Bagi aktiviti seperti minta join group. cabutan bertuah. free gift atau bagi sesuatu dekat prospek walaupun dia belum mahu membeli supaya dia akan sentiasa ingat kita.

  • Funnel kan prospek masuk kedalam kolam. selain untuk memudahkan kita follow up nanti, mereka juga akan menjadi komuniti kita.

  • Prospek beli dekat orang lain kerana dia tak ingat dekat kita.dan kita tak ada "aktiviti" dengan mereka.

  • Ini pentingnya kita tahu FUNNEL yang ingin kita bawa prospek.

Super Closing Sales: About

8. TEKNIK FOLLOW UP

KENAPA WAJIB ADA SESI FOLLOW UP?

- Prospek tengah sibuk time kita mesej dia.

- Pelanggan mungkin ada mesej penjual mereka akan ingat dekat kita

- Pelanggan belum bersedia nak beli waktu kita mesej sebelum ni.

- Pelanggan belum tahu sepenuhnya info produk kita.

- Nak cipta hubungan yang baik dengan pelanggan, supaya kita tak perlu setiap hari mencari pelanggan

baru, sedangkan database yang ada tidak digunakan sebaiknya.

lanya merupakan perkara biasa sekiranya pelanggan tak terus beli pada hari kita mesej dia,bukan bermaksud anda gagal, tapi setiap orang mempunyai keadaan dan keperluan yang berbeza-beza.

Jadi jangan skip sesi follow up walaupun anda gementar atau takut dicop sebagai nak duit pelanggan, sedangkan dalam dunia ni setiap hari ada transaksi jual beli, kalau pelanggan tak membeli dengan anda, mereka tetap akan membeli dengan orang lain. Jadi siapa yang rugi nanti?

Super Closing Sales: About

ANTARA CONTOH AYAT FOLLOW UP UNTUK PROSPEK YANG BLUETICK ATAU TAK RESPONS

  • Cik?

  • Hye cik?

  • Maaf cik?

  • Cik OK ke?

  • Cik, kenapa tak reply? Saya ada salah cakap ke?

  • Cik nak tahu harga sekarang ke? Cik nak saya bagi harga sekarang ke?

  • Cik OK ke kalau saya bagi harga sekarang?

  • Nak saya terus bagi harga promo ke? Boleh cik respons ke, saya takut cik terlepas promo last untuk harini.

  • Maaf cik, saya ada buat salah ke?

  • Boleh cik reply wasap saya?

  • Hye cik, saya tengah tunggu cik ni?

  • Boleh saya tahu kenapa cik tak berminat? Ni untuk survey saya je ✓Cik serius ke nak dapatkan produk ni? Saya masih tunggu keputusan cik.

  • Boleh cik respons? Saya dari tadi tunggu wasap cik.

  • Boleh cik respons YES kalau nak tahu harga promo last harini? Kalau cik tak berminat takpe, boleh saya invite cik dalam group FB saya? sebab kami ada cabutan bertuah hujung bulan ni untuk yang join live kami nanti.

*Letak emoji senyum supaya prospek tak rasa kita macam mendesak mereka.

Jangan takut untuk trigger prospek supaya reply whatsapp kita kerana kita perlukan jawapan dari mereka,selagi mereka tak respons kita akan tertanya-tanya.

Jadi lebih baik kita tahu kata putus dari prospek supaya kita tahu nak buat apa seterusnya, sama ada masukkan mereka dalam kolam kita atau terus follow up atau terus closing sales!

Super Closing Sales: About

TEKNIK FOLLOW UP UNTUK PROSPEK YANG TERBURU-BURU NAK HARGA

Saya tahu ramai antara kita yang mengalami masalah pelanggan buru buru nak tahu harga produk, sedangkan kita belum terangkan dekat mereka kelebihan produk, promo produk dan belum sempat berkenalan dengan mereka.

Jadi skrip di bawah ini merupakan ayat-ayat "counterback" yang digunakan supaya pelanggan lebih bertenang dan follow skrip closing kami sehingga ke step terakhir.

Selamat mencuba!

COUNTERBACK *PM HARGA TEKNIK 1

"Hye cik saya Lenny,sebelum saya bagi harga promo kami harini,boleh saya tahu cik bisnes apa? Risau pakej kami tak sesuai dengan bisnes cik"

COUNTERBACK PM HARGA TEKNIK 2

"Hye saya Lenny, sebelum saya forward harga promo kami minggu ni boleh saya tahu cik nama apa? Saya nak save nom cik dulu"

COUNTERBACK PM HARGA TEKNIK 3

"Hye, thankyou wasap saya. Saya Lenny, saya nak panggil cik apa ya?"

COUNTERBACK PM HARGA TEKNIK 4

"Salam cik.tq wasap saya. Cik dah tahu ke pakej kami macam mana? Sebab ada banyak harga pakej boleh saya explain satu persatu dulu sebab tak nak cik konfius nanti?"

COUNTERBACK *PM HARGA TEKNIK 5

"Hye,cik nak tahu harga untuk produk yang mana? Btw cik nama apa ya"


COUNTERBACK *PM HARGA TEKNIK 6

"Baik kejap ya saya forwardkan harga pakej kami. Btw cik nama apa dan bisnes apa ya? Risau silap forward pakej yang tak sesuai dengan cik.


COUNTERBACK *PM HARGA TEKNIK 7

"Harga? Baik kejap ye saya bagi harga. Tapi sebelum tu cik save nom saya dulu boleh nama saya Lenny. Cik nama apa ya"

Setelah kita berikan ayat "counterback", kita kena terus kembali ke skrip pertama dalam sesi closing seperti yang saya tunjukkan dalam tajuk 9 SKRIP CLOSING di halaman sebelum ni.

Bila dah buat ayat "counterback" kita akan closing guna skrip macam biasalah bermula STEP 1- STEP 9 sehinggalah closing sales.

Tujuan untuk kita buat sesi "counterback" ni adalah untuk elakkan beritahu harga serta-merta dekat prospek tanpa kita terangkan manfaat produk kita.

Sekiranya prospek berkeras mahu tahu harga produk, anda boleh terus je bagi harga, mana tahu mungkin dia memang serious buyer kan, lepas dapat tahu harga terus beli.

Super Closing Sales: About

9. FUNNEL DATABASE - KOLAM KOMUNITI

tak tahu copywriting yang betul  (2).png
Super Closing Sales: About

FUNNEL DATABASE - KOLAM KOMUNITI

CARA PENGUMPULAN DATABASE-TEKNIK INI PENTING UNTUK MENJAGA DATABASE (PROSPEK KITA) SEHINGGA MEREKA BENAR BENAR SEDIA UNTUK BELI BARANG KITA.

Funnel ini juga bertujuan supaya prospek tidak survey produk yang sama dekat pesaing kita,tetapi terus melekat dengan kita kerana kita sentiasa memberikan info kepada mereka.

● Iklan

● Tapis prospek

● Prospek mesej

● Prospek terus beli / prospek survey dulu

● Masukkan dalam kolam (group telegram/group fb/group whatsapp)

● Bagi free gift/umpan untuk tarik prospek masuk dalam group

● Bagi info/ilmu dalam kolam

● Bagi promosi pada hari tertentu

● Close sales!

AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT DALAM "KOLAM KOMUNITI"

Kolam atau group pengumpulan database terbahagi kepada dua, group percuma untuk database yang belum membeli, dan group berbayar khas untuk customer yang dah beli barang kita.

KOLAM PERCUMA:

● Buat live secara berjadual untuk tunjukkan tutorials produk kita

● Buat live untuk share case study feedback customer

● Jangan selalu upload gambar testimoni ke dalam group, sebaliknya banyakkan sharing manfaat produk.

●  Kalau jual makanan boleh sharing tentang resipi-resipi viral. 

● Kalau jual mekap. selalu lah sharing teknik atau tutorials mekap.

● Kalau jual produk kesihatan,selalulah sharing tentang kebaikan.

● Kalau buat servis, buat live sharing 1 per satu point kenapa mereka kena dapatkan servis anda.

● Bagi yang jual pakaian boleh sharing tentang tips fashion terkini.

Super Closing Sales: About

FUNNEL DATABASE - KOLAM KOMUNITI

Zaman saya berniaga dulu awal-awal di facebook 5-6 tahun lepas, saya banyak membeli majalah, buku-buku yang berkaitan dengan produk saya.

Dari situ saya kumpulkan ilmu-ilmu atau bahan untuk saya sentiasa dapat berkongsi dengan audience saya.


Dengan bahan ilmu tersebut, wall FB saya tak pernah kering dengan konten berguna dan dari situ ramai yang mengenali saya.


Walaupun ramai orang jual produk yang sama macam saya ketika itu, tetapi ramai prospek pilih untuk membeli dengan saya kerana mereka merasakan saya ada ilmu tentang produk jadi mereka yakin untuk bertanya macam-macam dekat saya.


Pokok pangkalnya anda wajib mempunyai ilmu dan mendalami manfaat produk anda, supaya anda sentiasa punya content untuk diberikan,barulah prospek akan sentiasa teringatkan anda.


Sebenarnya tak susah pun, Google kan ada, boleh belajar macam macam dari situ yang penting kena rajin.

Super Closing Sales: About

10. BORANG SIMPAN DATABASE

  • Borang manual seperti ini boleh di print kan banyak-banyak dan disimpan dalam fail mengikut bulan, supaya memudahkan kita untuk buat carian atau untuk follow up mengikut tarikh.

  • Anda juga boleh menggunakan excel, cloud atau apa-apa jenis simpanan data yang lain, tapi saya tetap suka gunakan jenis manual juga, iaitu simpan database dalam kertas supaya senang saya buat review setiap hari memandangkan beratus-ratus database yang masuk setiap hari.

  • Team sales saya juga wajib menyimpan semua contact nombor dalam henfon yang syarikat sediakan, supaya nombor tersebut tidak hilang sekiranya ada apa-apa masalah yang tak diingini berlaku.

  • Lagi bagus kalau nombor fon tersebut dapat disimpan bersama nama prospek.

  • Cara saya simpan nombor fon :

  1. (1Nov2021-1) nama prospek pertama

  2. (1Nov2021-2) nama prospek kedua

  3. (1Nov2021-3) nama prospek ketiga

  4. (1Nov2021-4) nama prospek keempat

  5. (1Nov2021-5) nama prospek kelima

Untitled design.png
Super Closing Sales: About

11. TEKNIK FOLLOW UP MENGGUNAKAN CALL
CALLING

STEP 1

  • Kenalkan diri

  • Confirmkan prospek tu orang yang sama yang wasap untuk beli produk kita sebelum ni.

  • "Ini cik Ain yang wasap saya minggu lepas berkenaan buku panduan ads kan?"

  • Minta izin untuk ambil masa prospek 3 minit untuk kita explain serba sedikit tentang produk kita.

  • Explain tentang produk.

  • Terus tanya sekiranya dia berminat untuk dapatkan produk kita.

  • Sebagai seller kita perlukan jawapan yang tepat dari customer, YES or NO sebab itu kita perlu follow up.

  • Atau boleh bertanya tentang permasalahan yang dihadapi berkenaan produk kita.

  • Sekiranya dia belum berminat untuk beli, tak apa, sebab kita akan offer dia masuk ke dalam group support kita.

Super Closing Sales: About

12. CONTENT FOLLOW UP HARIAN

HARI 1: PROMO URGENCY
HARI 2: FREE EBOOK
HARI 3: TESTIMONI VIDEO
HARI 4: TIPS KEJAYAAN
HARI 5: POSTER DOA MURAH REZEKI + SELITKAN TESTIMONI
HARI 6: SELITKAN APA-APA PROMOSI
HARI 7: TESTIMONI BERTULIS
HARI 8: TESTIMONI BERGAMBAR
HARI 9: POSTER DOA DIMUDAHKAN URUSAN
HARI 10: TIPS PROMOSI HUJUNG BULAN/PERISTIWA/PERAYAAN TERTENTU

Super Closing Sales: About

13. MAGIC NUMBER

CAPAI TARGET SALES MENGGUNAKAN MAGIK NUMBER

Dalam kehidupan bisnes saya, angka magik number hampir digunakan setiap hari.


Dengan magik number ini, boleh bantu kita untuk landasan sales.


Semua staff saya memang menggunakan magic number untuk keep track rekod sales mereka.


Saya bagi contoh yang mudah, anda boleh ubah suai mengikut kehendak anda.


Contoh:

Anda nak target untuk dapatkan RM1000 unit produk terjual pada bulan ini.

1000 unit bahagikan dengan 26 hari jika anda buat sales untuk 26 hari. 1000 unit bahagikan dengan 30 hari jika anda buat sales untuk 30 hari tanpa cuti.

Super Closing Sales: About

TULISKAN TARGET ANDA DISINI:

100 unit bahagi 30 hari = 3.3 unit kena jual sehari

100 unit bahagi 4 minggu = 25 unit kena jual seminggu

Dari 100 unit akan dibahagikan kepada 4 cara marketing untuk dapatkan 100 unit sales.

25 unit closing dari marketing berbayar IGADS.

25 unit closing dari marketing berbayar FBADS.

25 unit closing dari zero kos marketing FB PERSONAL.

25 unit closing dari zero kos marketing FOLLOW UP DATABASE (call+Whatsapp)

Sekiranya, anda jelas dengan magic number yang ingin anda capai, anda dapat susun plan marketing dengan lebih sistematik. 

Super Closing Sales: About

TULISKAN TARGET ANDA DI KOTAK:

PECAHAN TEKNIK MARKETING YANG BOLEH DIJALANKAN

  1.   

  2.   

  3.   

  4.   

tak tahu copywriting yang betul  (4).png
Super Closing Sales: About

0174729535

Kitable, 26 Jalan Ilmu Jitra, Kedah, Malaysia.

  • Facebook
  • Twitter

©2021 by KITABLE INTERACTIVE MARKETING. Proudly created with Wix.com

bottom of page